Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam menganjurkan perhimpunan membabitkan sekretariat majlis reunion perjumpaan bekas perajurit RU-6622 di Tugu Negara pada Isnin untuk dirakam keterangan.<br /><br />Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, beberapa individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat.
